Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan
kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkah
laku emosi tidak kurang penting. Ia boleh diklasifikasikan dalam dua
perkara iaitu:
Faktor luaran - kanak-kanak sering menunjukkan emosi melalui riak muka
seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan
sebagainya.
Faktor dalaman - perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku
emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik
perhatian penjaga atau rakan sebaya.
Emosi adalah penggerak pada tingkah laku kanak-kanak dan merupakan cara
termudah untuk mereka melahirkan apa yang difikirkan dan dirasakan.
Segala situasi yang berlaku di sekeliling dan perubahan yang dilalui
akan mempengaruhi tingkah laku emosi seperti meradang, marah, naik
angin, takut, benci dan sebagainya.
Situasi yang melibatkan tingkah laku emosi kadang kala sukar dinilai
terutama di kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana
perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak tidak seimbang.
Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan
dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang
konsisten. Seorang kanak-kanak dalam masa yang sama harus mengimbangi
perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya.
Ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak. Sekiranya
ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak
itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanipulasi ibu bapa untuk
memenuhi kehendak mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan