Saya Mazni binti Mohd Azrul Ku merupakan pelajar tahun pertama sesi 2013/2014 bagi pengkhususan Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Saya dilahirkan pada Julai 1984 di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan saya mempunyai 2 orang abang dan seroang adik lelaki. Saya dibesarkan oleh emak saya dengan kehidupan yang sederhana dan ringkas sahaja. Ayah saya telah meninggal dunia sejak umur saya 6 tahun lagi.
Saya telah berumahtangga selama 6 tahun bersama Ahmad Ridzuan dan telah dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Anis Munirah (5 tahun), Allahyarhamah Aisyah Maisarah (4 tahun) dan Ammar Mursyid (1 tahun setengah). Saya mulai berkerja dengan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya pada awal tahun 2004 sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) sehingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan